Tuesday, May 27, 2008

Larangan Jual Petrol


Larangan jual petrol - Dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing di stesen minyak di sempadan
(Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR 26 Mei – Kerajaan hari ini menetapkan semua stesen minyak di sempadan Thailand dan Singapura, dilarang sama sekali menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing berkuat kuasa Jumaat ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Parlimen hari ini.


Katanya, larangan itu membabitkan semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 30 hingga 50 kilometer di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan.


Komen: Kami setuju sangat dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan tu. Tindakan yang tepat lagi bernas kerana memang sepatutnya subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan hanya untuk RAKYAT Malaysia sahaja.


Orang Thailand dan Singapura tidak layak utk dptkan petrol kita. Tindakan ini menunjukkan bhw kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyatnya.


Jgn pulak nanti ada suara2 sumbang yang mengatakan kerajaan tak adil la, zalim la sbb tak bg org Siam dan Singapura beli minyak kita ataupun negara akan rugi coz minyak hanya dibeli oleh orang Malaysia.


Tapi alhamdulillah setakat ni belum dgr lagi suara2 sumbang ni. Jadi apa pula komen sahabat2?

1 comment:

shahreza said...

Assallamualaikum,

berkenaan komen di atas, saya rasa amat setuju terutamanya untuk orang singapura kerana pada saya, mereka ini terlalu bongkak dan selfish. Selama beberapa tahun pengalaman kerja dalam customer service untuk leading petrol brand di malaysia,dealing dengan singaporean adalah yang paling menyusahkan hidup kerana mereka selalu menggelar kan orang malaysia clown dan bodoh. Mereka mahu service lebih dari orang negara kita sendiri padahal consumption minyak mereka tak seberapa tapi mereka nak tunjuk yg tanpa tapping purchasing power, tiada loyalty drive untuk foreigner segment..

Sekian