Tuesday, May 27, 2008

DUN Selangor Lulus Usul Kritik ISA


Saidah Hairan Tue May 27, 08
SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang berani meluluskan usul mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibahaskan dalam sidang Dun ke-12.

Sebelum usul tersebut dibahas dan diluluskan, Gerakan Mansuhkan ISA telah menyerahkan memorandum `Malaysia bebas daripada ISA" melalui Pengerusi, Syed Ibrahim Syed Noh kepada Menteri Besar, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, di lobi Avenue, SUK.

Penyerahan memo itu berikutan penahanan Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan (DAP) pada 13 Disember 2007 bersama lima rakan yang lain.

Usul tersebut dibawa oleh Adun Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang yang dibahaskan bermula petang hingga jam 8.55 malam.

Usul bersejarah itu berbunyi: "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Adun kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Lau turut menyifatkan akta tersebut sebagai bercanggah dengan prinsip Islam.

"ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl," kata Lau, yang juga setiausaha DAP negeri.


ULASAN KAMI: Satu perkembangan menarik telah ditunjukkan oleh DUN Selangor semalam. Walaubagaimanapun, meluluskan usul mengkritik ISA bukanlah satu perkara baru dari pihak Kerajaan Campuran Selangor.

Perkara ini telah lama diperjuangkan mereka semenjak semasa menjadi Pembangkang lagi. Jadi bila dah dapat peluang begini sementelah dah jadi pemerintah, segala kesempatan akan digunakan untuk mencapai cita-cita mereka.

Tetapi adakah langkah yang diambil mereka ini wajar? Rakyat masih tertunggu-tunggu apakah perancangan kerajaan negeri Selangor selepas PRU-12 lalu. Banyak lagi manifesto yang mereka canangkan dahulu belum pun dilaksanakan.
Tiba2 yang meletup isu BABI, ISA, menghapuskan pelaksanaan Islam Hadhari dan air yang belum ada kesudahan.

Dlm isu ISA ni, apa yang kami kesalkan adalah SIAPA Lau Wen Sang (ADUN Kampung Tunku) untuk memperkatakan ISA bercanggah dengan prinsip Islam? Siap boleh sebut surah apa dan ayat berapa lagi! Ni yang kami nak marah ni!!!

Mana pergi alim ulama PAS? Kenapa tak tegur si kafir tu? Dah takde ke orang Islam semasa majlis tersebut yang boleh cakap apa2 yang berkaitan dengan Islam?

Nampak gayanya orang kita ni semakin terbuka sehinggakan orang kafir pun boleh jadi guru agama Islam. Siap bagitau ayat berapa lagi. Ish ish ish nauzubillah...

Insya Allah kalo ada masa nanti kita akan bincangkan lagi bab ISA ni menurut perspektif Islam pulak ye. Kita akan tahu samada ISA ni mengikut syariat Islam ataupun tidak. Cukuplah buat masa ni, kami nak solat taubat jap.


No comments: