Friday, May 30, 2008

Anwar mahu bertanding pilihanraya segera!!!

Oleh Bloomberg
Jumaat, 30 Mei 2008

KL: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen 'dengan segera' sebaik-baik sahaja kelayakan beliau untuk berbuat demikian disahkan pihak berkuasa. 'Jika saya sudah benarbenar pasti tentang kelayakan saya, saya akan memilih untuk berbuat demikian seberapa segera,' kata beliau semasa diwawancara oleh Bloomberg Television semalam. Datuk Seri Anwar, 60 tahun, berulang kali mendakwa bahawa pakatan tiga parti pembangkangnya telah mendapat 30 anggota parti campuran Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, yang telah belot dan menyertai pakatan pembangkang untuk membolehkan beliau mengambil alih kuasa. Beliau juga berkata beliau akan berbincang dengan rakan-rakannya mengenai siapakah yang akan menjadi timbalan perdana menterinya dalam pentadbiran yang bakal beliau pimpin.
'Isunya sekarang ialah untuk memastikan adanya peralihan kuasa yang licin, menurut peruntukan perlembagaan,' kata Datuk Seri Anwar.

Komen kami:
Nampak gayanya nafsu DSAI ni semakin membuak-buak nak jadi PM Malaysia keenam. Kami tak dpt bayangkan macmana la keadaannya nanti bila dia jadi PM kerana kami ada dengar yang dia ni adalah agen CIA.
Ish, tak tahulah kami betul ke idak cerita ni. Mintak dijauhkanlah. Tapi kalo di tengok pada apa yang dipaparkan, DSAI ni biasa gi jumpa dengan orang-orang seperti Paul Wolfowitz dan beberapa orang putih lagi yang boleh dicurigai kebaikannya.
Kami bukan apa, kami tak kisah pun siapa yang nak jadi PM tapi biarlah orang itu dapat memelihara kedaulatan Malaysia dan yang paling penting dapat memastikan kaum teras di Malaysia ini iaitu Melayu TATAP dibela menjadi tuan di tanah airnya.
Kami tak maulah satu hari nanti orang Melayu sendiri menjadi pengemis dan hina. Ini pernah dan sudah pun berlaku di negara luar seperti Palestin, Afghanistan dan banyak lagi.
Jadi kawan2, sama-samalah kita pikir sama ada patut atau tidak kita sokong DSAI ini kerana apa yang kita putuskan pada hari ini pasti akan memberi kesan pada masa akan datang!

No comments: